Polis Tapah lupus pelbagai barang kes bernilai RM1.5 juta

Polis Tapah lupus barang kes RM1.5 juta

SEBAHAGIAN barang kes jenayah dianggarkan bernilai RM1.5 juta yang dilupuskan di lapang sasar IPD Tapah hari ini. - FOTO/IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah melupuskan 1,604 barang kes membabitkan 414 kertas siasatan yang sudah diselesaikan. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelupusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah itu melibatkan empat kes kontraband, lima kes bitcoin, 90 kes perjudian dan 315 barang kes am. 

“Dalam pelupusan ini, pihak polis telah melupuskan sebanyak 944 kotak rokok pelbagai jenama, 185 unit mesin bitcoin, 125 barang kes perjudian dan 350 barang kes am.

“Kesemua barang kes bernilai RM1.5 juta itu telah mendapat arahan pelupusan daripada Timbalan Pendakwa Raya di mana kertas siasatan berjaya dituduh dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah dari tahun 2016 hingga tahun ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelupusan barang kes tersebut dijalankan di kawasan tanah lapang di lapang sasar IPD Tapah.

Katanya, kesemua barang kes telah dilupuskan dengan cara pembakaran sebelum ditanam menggunakan jentera.

“Orang ramai diingatkan agar tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang di mana tindakan tegas akan diambil ke atas mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.