Polis kesan pemandu kereta lawan arus di Kuala Selangor - Utusan Malaysia

Polis kesan pemandu kereta lawan arus di Kuala Selangor

SEBUAH kereta dipercayai Proton Saga yang dipandu melawan arus di Jalan Bukit Rotan, Kuala Selangor tular dalam media sosial baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Polis sedang mengesan seorang  pemandu sebuah kereta yang dirakam melawan arus di Jalan Bukit Rotan di sini, Isnin lalu.

Tindakan pemandu sebuah kereta dipercayai Proton Saga itu tular dalam media sosial menerusi rakaman video berdurasi 21 saat sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima maklumat itu menerusi laman sosial Facebook (FB) pada pukul 4.05 petang.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.09 petang, 6 Disember lalu. Kes itu bagaimanapun masih sedang disiasat polis. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Rakaman video itu memaparkan pemandu sebuah kenderaan sempat mengelak daripada terlanggar kereta yang melawan arus berkenaan.

Ketika kejadian, sebuah lori turut berada di jalan dua lorong tersebut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN