Polis ambil katerangan lelaki guna Proton Wira jadi marshal - Utusan Malaysia

Polis ambil katerangan lelaki guna Proton Wira jadi marshal

TANGKAP layar memaparkan sebuah Proton Wira digunakan bagi memberi laluan konvoi kenderaan di Sitiawan, Lumut, Perak - MEDIA.SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan daripada seorang lelaki berhubung kejadian sebuah kereta Proton Wira bertindak menghalang laluan kenderaan lain bagi memberi laluan satu konvoi kenderaan di Sitiawan, dekat sini yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Dalam klip video berdurasi 13 saat itu, kelihatan sebuah Proton Wira warna kelabu berjalur kuning bertindak seolah-olah menjadi marshal di laluan utama bandar Sitiawan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boon Khim berkata, polis  memanggil seorang lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pemandu untuk dirakam percakapannya.

Jelasnya, saringan air kencing terhadap lelaki itu pula didapati negatif dadah.

Pada masa sama, polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira kelabu dengan jalur kuning pada badannya, untuk siasatan lanjut.

“Siasatan berpandukan Facebook akaun ‘JUSSHAIRI JAUHHARI’ dengan tajuk ‘Seperti Polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka. Berikutan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Manjung membuat laporan polis pada pukul 2.29 petang hari ini untuk siasatan dan tindakan selanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal yang menggunakan kereta membuat tindakan mengarahkan lain-lain kenderaan ke tepi dan berhenti di lampu isyarat hadapan kedai Eco Shop, bandar Sitiawan.

Jelasnya, siasatan awal mempercayai tindakan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada konvoi kereta yang datang dari arah Seri Manjung menghala sebuah kuil Hindu di Sitiawan.

Beliau menegaskan kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu ‘galangan disebabkan kenderaan di jalan’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya