PM harap lebih banyak pandangan, luahan tambah baik sistem pentadbiran - Utusan Malaysia

PM harap lebih banyak pandangan, luahan tambah baik sistem pentadbiran

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lebih banyak pandangan dan luahan Keluarga Malaysia dilontarkan untuk menambah baik sistem penyampaian serta perkhidmatan kerajaan.

Beliau turut berjanji untuk meneliti analisis berdasarkan sentimen rakyat yang telah dilaksanakan terhadap Ahli Jemaah Menteri dan kementerian untuk penambahbaikan sistem pentadbiran.

Setakat ini beliau berkata, prestasi keseluruhan 100 Hari Jemaah Menteri belum menepati sasaran 100 peratus seperti yang dihasratkan.

“Namun pada ketika ini, ahli Jemaah Menteri telah mencapai sekitar 90 peratus. Walau bagaimanapun, sesetengah prestasi tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata.

“Maka, peratusan yang dicapai ini bukan alasan untuk kita mendabik dada, sebaliknya ia menyuntik kesungguhan dan iltizam untuk kami terus bekerja bersama rakyat,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian 100 Aspirasi Keluarga Malaysia hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN