‘Piagam MN persefahaman tidak mengikat’, Tok Mat berbunyi macam PH - Wan Saiful  - Utusan Malaysia

‘Piagam MN persefahaman tidak mengikat’, Tok Mat berbunyi macam PH – Wan Saiful 

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sudah berbunyi seperti Pakatan Harapan (PH) apabila mengatakan ‘Piagam Muafakat Nasional (MN) adalah persefahaman yang tidak mengikat’.

Ini kerana beliau mempersoalkan apa yang mengikat MN itu sekiranya piagam itu tidak mengikat.

“Adakah ‘firman’ Abang Long (UMNO) satu-satunya ikatan yang dia (Mohamad) ambil kira?

“Tok Mat (Mohamad) juga berkata, ‘untuk memaksa UMNO menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan’. Bagaimana pula Tok Mat boleh kata bahawa UMNO dipaksa menerima Bersatu dan menerima Bersatu bercanggah dengan semangat MN?

“Takkan Tok Mat buat-buat lupa bahawa dia sendiri yang pengerusikan mesyuarat yang putuskan untuk jemput Bersatu masuk MN.

“Bagaimana boleh dipaksa, bukankah Timbalan Presiden pengerusikan mesyuarat yang membuat keputusan jemput Bersatu, dan Presiden (UMNO) pula tandatangan surat jemputan serta umumkan ke seantero negara?” Soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Timbalan Presiden UMNO itu menyifatkan, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO telah memungkiri piagam MN adalah tersasar.

Mohamad berkata, UMNO tidak pernah memungkiri piagam tersebut malah tegas beliau, penubuhan MN bukanlah dengan matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi sebahagian daripadanya.

Tambah Wan Saiful, sekiranya ditelusuri kronologi dengan jujur, maka semua pihak boleh melihat pihak manakah yang ikhlas dengan Piagam MN dan pihak manakah yang melanggar Piagam MN.

“Biar saya nyatakan kronologi sebenar supaya rakyat boleh faham siapa yang melanggar semangat MN.

“Piagam MN dilancarkan pada 2019. Pada Ogos 2020, Presiden UMNO (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) menyatakan bahawa Tok Mat telah mempengerusikan mesyuarat MN yang buat keputusan untuk jemput Bersatu.

“Susulan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tok Mat itu, satu surat jemputan kepada Bersatu telah ditandatangani oleh Presiden Pas dan Presiden UMNO bertarikh 13 Ogos 2020.

“Bersatu kemudian bersetuju menerima jemputan itu. Tarikh surat penerimaan dari Bersatu ialah 18 Ogos 2020,” jelasnya. 

Bagaimanapun katanya, pada Mac lepas UMNO membuat keputusan dalam Perhimpunan Agungnya untuk menolak penyatuan ummah dan tak mahu kerjasama.

“Maksudnya UMNO sendiri mengubah keputusan yang dia buat pada Ogos sebelumnya. Ke mana hilangnya semangat Piagam MN yang membawa kepada keputusan untuk bekerjasama pada Ogos sebelum itu? Surat dah tandatangan, tetapi siapa yang ubah?

“Jika kita telusuri kronologi dengan jujur, siapa yang ikhlas dengan Piagam MN dan siapa yang langgar Piagam MN?” Soalnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya