Permohonan notis merah Jho Low, Nicky Liow sudah dibuat PDRM - Utusan Malaysia

Permohonan notis merah Jho Low, Nicky Liow sudah dibuat PDRM

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permohonan Notis Merah terhadap ahli perniagaan dalam buruan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dan Low Taek Jho atau Jho Low telah dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, nama Nicky dan Jho Low belum dimasukkan ke dalam Notis Merah

“Beberapa prosedur perlu dipatuhi bagi membolehkan nama dimasukkan ke dalam senarai Notis Merah Interpol.

“Saya akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu daripada Interpol,” katanya dalam sidang akhbar dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (APM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN