Perang maya bakal jadi cabaran pegawai tentera muda - Utusan Malaysia

Perang maya bakal jadi cabaran pegawai tentera muda

AFFENDI BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bakal pegawai tentera muda perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan aspek pertempuran jenis hibrid terutama peperangan maya yang cabaran jauh lebih sengit.

 Demikian nasihat Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada Majlis Graduasi dan Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia Siri 50/2021.

“Anda tentu akan menyedari bahawa perang dalam suasana konvensional sudah diganti dengan pertempuran secara hibrid yang lebih daripada keupayaan ketenteraan,” jelasnya.

Beliau kemudian meraikan 163 pegawai penerima Diploma Pascasiswazah Pengajian Strategi dan Pertahanan di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di sini, hari ini yang turut disaksikan oleh Komandan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Brigadier Jeneral Fazal Abdul Rahman dan Presiden Puspahanas, Datuk Syed Zahrul Putra Syed Abdullah.

 Mengulas lanjut, Affendi berkata, peperangan hibrid memerlukan kerangka bina pendekatan seluruh jentera kerajaan dan tidak sekadar terhad membabitkan petugas ketenteraan sahaja.

 “Justeru, perang maya dijangka menjadi satu faktor dominasi yang akan boleh mengubah sisi perwatakan dan sifat alami konflik antara pelbagai pihak berkepentingan,” tambahnya..

 Sehubungan itu, beliau berkeyakinan graduan MTAT sudah bersiap siaga mendepani cabaran pertempuran masa akan datang yang menuntut pengetahuan dan pendedahan era terkini sekali gus mengingatkan mereka untuk memanfaatkan jaringan dengan rakan melangkaui sempadan geopolitik dalam merencana misi operasi ketenteraan bersepadu secara bersama. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya