Penjawat awam Kelantan dapat ‘bonus’ RM1,000 - Utusan Malaysia

Penjawat awam Kelantan dapat ‘bonus’ RM1,000

AHMAD Yakob.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju memberikan bantuan khas kepada kakitangan awam di seluruh negeri ini sebanyak RM1,000 seorang.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob semasa mengakhiri pembentangan Belanjawan Kelantan 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di sini hari ini.

Menurut Ahmad, selain penjawat awam, turut menerima bantuan khas sebanyak RM500 seorang ialah kumpulan lantikan politik merangkumi penghulu, kakitangan halaqat serta penyelaras DUN.

“Sementara itu, bantuan khas sebanyak RM250 juga diberikan kepada guru al-Quran dan Fardu Ain,” katanya tanpa menjelaskan bila bantuan tersebut akan disalurkan kepada penerima.

Terdahulu, Ahmad membentangkan Belanjawan Kelantan 2022 dengan unjuran defisit lebih tinggi iaitu RM90.49 juta, berbanding tahun lalu dengan unjuran defisit sebanyak RM66.02 juta.

Kata beliau, walaupun anggaran belanjawan negeri defisit setiap tahun, kerajaan negeri masih mencatatkan perbelanjaan sebenar yang surplus atau lebihan selama empat tahun berturut-turut.

“Pada 2017, surplus dicatatkan Kelantan adalah sebanyak RM38.82 juta manakala pada 2018 surplus RM40.46 juta, 2019 surplus RM445.69 juta dan pada 2020, surplus RM45.44 juta,” jelas beliau.

Katanya, Belanjawan Kelantan 2022 memperuntukkan RM1.51 bilion sebagai perancangan berbelanja secara berhemah dengan anggaran hasil negeri pada tahun depan sebanyak RM991.74 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.