Pengurusan kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan Serigar 27 Januari 2022 - Utusan Malaysia

Pengurusan kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan Serigar 27 Januari 2022

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah yang menghadapi enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.

Perbicaraan yang dijadualkan mula didengar pada September dan Oktober lalu, dilapangkan bagi memberi laluan kepada dua perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas Perdana Menteri.

Perkembangan status perbicaraan yang sepatutnya dimaklumkan pada sesi pengurusan kes hari ini, bagaimanapun ditangguhkan berikutan permohonan secara bertulis pasukan pembelaan daripada Tetuan Shafee & Co. yang mewakili Najib, semalam.

Semakan mahkamah menyatakan, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 27 Januari tahun depan.

Pada 21 Mei lalu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan perbicaraan kes pecah amanah yang ditetapkan pada September dan Oktober lalu dilapangkan dan menetapkan hari ini untuk pengurusan kes bagi memaklumkan status kes berkenaan.

Ketika itu, Timbalan Pendakwa Raya Nik Syahril Nik Ab. Rahman memaklumkan bahawa saksi-saksi dan keterangan yang akan dikemukakan pada perbicaraan kes itu adalah sama dengan kes 1MDB.

Ketika ini, dua kes jenayah masing-masing melibatkan 1MDB dan laporan audit masih di peringkat perbicaraan.

Mahkamah ketika itu dimaklumkan, sekiranya kedua-dua perbicaraan (1MDB dan kes ini) berlangsung pada masa yang sama, terdapat kemungkinan berlaku pertindihan keterangan.

Pada 9 Oktober lalu, Hakim Muhammad Jamil menetapkan perbicaraan kes pecah amanah itu didengar selama 32 hari pada setiap hari dalam bulan September dan Oktober lalu kecuali hari Jumaat.

Pada 24 Oktober 2018, Najib dan Mohd. Irwan Serigar mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya