Pelajar, buruh maut motosikal bertembung - Utusan Malaysia

Pelajar, buruh maut motosikal bertembung

KEADAAN mayat Ku Nur Shahrizal Ku Nor Sazali dan Anas Ali yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Kampung Kumpulan, Jalan Ulu Melaka, Langkawi malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang pelajar dan buruh maut selepas motosikal yang mereka tunggangi bertembung dalam satu kemalangan di Kampung Kumpulan, Jalan Ulu Melaka di sini malam semalam.

Dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 10.40 malam itu, mangsa, Ku Nur Shahrizal Ku Nor Sazali, 16, merupakan pelajar dan  Anas Ali, 28, warganegara Myanmar bekerja buruh maut di tempat kejadian.

Ku Nur Shahrizal berasal dari Kampung Atas, Mukim Padang Matsirat manakala Anas yang bekerja buruh dari Kampung Pasir Hitam, Air Hangat di sini.

Dua lagi mangsa iaitu isteri Anas, Artiyah Lashidullah, 20, yang merupakan pemegang Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan anak mereka, Nadiyah Anas, 5, cedera parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Ku Nur Shahrizal  yang menunggang laju motosikal Yamaha 135LC memasuki arah bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang oleh Anas.

“Kesan daripada pertembungan itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Isteri dan anak Anas yang membonceng motosikal itu pula tercampak lebih kurang lima hingga 10 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, mayat Anas Ku Nur Shahrizal kemudian dibawa ke Unit Forensik HSM untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya