PARLIMEN: (Video) Kurang penuai punca sektor sawit rugi - Utusan Malaysia

PARLIMEN: (Video) Kurang penuai punca sektor sawit rugi

WEE JECK SENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anggaran kerugian bagi sektor perladangan sawit dikira berdasarkan ketidakupayaan menuai buah tandan segar (BTS) disebabkan kekurangan penuai dan pemungut BTS.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, berdasarkan statistik pada Ogos 2021, kekurangan penuai dan pemungut BTS adalah seramai 25,471 orang.

”Dengan purata produktiviti penuai dan pemungut iaitu dua tan BTS sehari bagi setiap penuai dan pemungut, jumlah BTS yang tidak dapat dituai adalah sebanyak 50,942 sehari.

”Mengambil kira bilangan hari bekerja iaitu selama 26 hari sebulan, jumlah anggaran BTS yang tidak dapat dituai adalah sebanyak 1.3 juta tan metrik sebulan yang menyamai 15.9 juta tan metrik BTS setahun.

”Berdasarkan kadar purata perahan minyak iaitu 20 peratus, nilai ‘kehilangan’ minyak sawit mentah (MSM) adalah sebanyak 3.18 juta tan metrik. Dengan purata harga MSM RM4,555 setan, nilai kerugian akibat kekurangan guna tenaga pada Ogos 2021 adalah sebanyak RM14 bilion setahun,” katanya semasa  sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatan kuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Nga Kor Ming (Teluk Intan- PH) meminta kementerian itu untuk menyatakan berapa kerugian  dialami oleh industri perladangan negara pada tahun 2019, 2020 dan 2021 akibat masalah kronik kekurangan guna tenaga serta langkah-langkah yang sedang diambil oleh kementerian untuk mengatasi masalah serius itu.

– YOUTUBE PARLIMEN MALAYSIA

Mengulas lanjut, Jeck Seng berkata, anggaran jumlah kerugian itu  meningkat sebanyak 56 peratus dan lebih 100 peratus berbanding  2020 dan 2019, iaitu jumlah kerugian ekoran daripada masalah kekurangan guna tenaga bagi tahun tersebut masing-masing dianggarkan sebanyak RM9 bilion dan RM6 billion setahun.

Tambahnya, bagi memastikan angka kerugian ini tidak terus meningkat, kementerian itu telah berusaha untuk membawa masuk pekerja asing masuk ke Malaysia bagi mengisi kekurangan guna tenaga ini.

”Kerajaan juga sentiasa menyarankan penggiat industri untuk mengadaptasi penggunaan mekanisasi dalam proses kerja. Mekanisasi bukan sahaja mempercepat proses kerja tetapi juga membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya