KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin peruntukkan dana bagi projek berimpak tinggi mampu membawa masuk pelabur dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Mohamed Azmin berkata, projek tersebut bakal membawa masuk pelaburan sehingga lebih RM1 bilion.
“Projek yang disasarkan melalui dana ini dijangka akan menjana pelaburan lebih RM101.3 bilion dengan peluang pekerjaan lebih 12,700 orang. Dana projek berimpak tinggi yang berjumlah RM2 bilion ini bertujuan sebagai peruntukan strategi berimpak tinggi untuk memastikan Malaysia menarik pelaburan syarikat-syarikat bertaraf dunia projek mega dan strategik bagi menempatkan aktiviti dan projek mereka di Malaysia ini.
“Ini selaras dengan aspirasi pelaburan nasional (NIA) termasuk untuk bersaing dengan negara-negara di rantau ini,” katanya dalam sesi penggulungan kementerian tersebut,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Azmin, projek itu mampu menyediakan peluang-peluang tersebut kerana ia merangkumi pelbagai sektor.
“Projek ini akan melibatkan sektor keutamaan negara seperti semi-konduktor, infrastruktur digital, farmaseutikal dan penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya. – UTUSAN ONLINE