[PARLIMEN] Penglibatan banyak kementerian wujudkan birokrasi - Hannah - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Penglibatan banyak kementerian wujudkan birokrasi – Hannah

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penglibatan terlalu banyak kementerian yang memerlukan pendaftaran daripada pekerja ekonomi Gig menyebabkan lebih banyak birokrasi.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Hannah Yeoh [Segambut-PH] meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk melindungi golongan penghantar makanan atau barangan yang bermotosikal/berkereta dan memastikan sektor berkenaan kekal relevan.

Hannah menerusi soalan tambahan berkata, sektor itu mempunyai kawal selia yang terlampau kerana banyak kementerian terlibat.

“Banyak kementerian contohnya Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Sumber Manusia. Apabila terlalu banyak pendaftaran, hilanglah fleksibiliti,” katanya.

Menjawab perkara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, tanggungjawab kementeriannya adalah untuk memberi perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri itu secara keseluruhan, kerana itu ia melibatkan banyak kementerian.

“KSM mengambil inisiatif untuk beri perlindungan pada mereka yang tidak mempunyai majikan seperti mana yang disebut subkontruktor. Jadi menjawab tanggungjawab kami untuk beri perlindungan kepada mereka.

“Saya sarankan lebih banyak kementerian terlibat, lebih bagus,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN