[PARLIMEN] KSM bertanggungjawab isu uniform pramugari - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] KSM bertanggungjawab isu uniform pramugari

RINA MOHD. HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengawalan pemakaian uniform kru penerbangan khususnya pramugari adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, pihaknya akan mengambil maklum perkara itu selepas dibangkitkan oleh Abdul Latiff Abdul Rahman [Kuala Krai-Pas].

“Isu itu tertakhluk di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia selain ia juga berdasarkan Hal Ehwal Kebajikan Pekerja yang dinyatakan dibawah Akta Kerja 1955.

“Perkara ini juga tertakhluk pada dasar syarikat penerbangan berkenaan yang tidak memerlukan keputusan Kabinet. Bagaimanapun, kita mengambil maklum tentang cadangan Ahli Parlimen Kuala Krai,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Abdul Latiff berbahas mengenai hak pramugari muslimah untuk berpakaian menutup aurat ketika bertugas di dalam kapal terbang.

Beliau bertanya sama ada pihak kementerian bercadang memperjuangkan hak pramugari memakai pakaian yang sesuai dengan imej muslimah khususnya menutup aurat.

Katanya, ada antara pramugari yang menutup aurat ketika tidak bertugas tetapi tidak dapat berbuat demikian demi mencari rezeki. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya