OKU disaran terima dos penggalak  - Utusan Malaysia

OKU disaran terima dos penggalak 

RAS Adiba Radzi (kiri) berkayak ketika menyertai  Program Santai Kayak bersama OKU di Tasik Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara di Tronoh dekat Batu Gajah hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Golongan orang kurang upaya (OKU) yang menerima janji temu suntikan vaksin Covid-19 dos penggalak disaran supaya hadir menerima suntikan.

Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, OKU disara menerima suntikan dos penggalak kerana golongan itu berisiko tinggi.

“Saya menyarankan sahabat OKU apabila diberi peluang dan mendapat notifikasi peringatan MySejahtera untuk mendapatkan dos penggalak, silalah ambil peluang ini.

“Jumlah OKU yang telah mendapatkan dos penggalak belum lagi diperoleh namun saya percaya ramai yang telah mengambilnya kerana golongan itu diberikan keutamaan. 

“Saya bersyukur kerana kami diberi peluang ini untuk menjadi antara yang pertama menerimanya kerana kita adalah golongan berisiko tinggi,” katanya pada Program Santai Kayak bersama OKU di Tasik Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara Tronoh di sini,  hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya