Netizen selar wanita buat jenaka persenda OKU - Utusan Malaysia

Netizen selar wanita buat jenaka persenda OKU

TANGKAP layar memaparkan dua wanita yang dilihat berlakon sebagai OKU ketika memasuki tandas  yang dikhaskan untuk golongan berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Warganet meluahkan kekesalan terhadap tindakan dua wanita yang dilihat mempersenda golongan orang kurang upaya (OKU) dengan berlakon seperti golongan tersebut sebelum memasuki tandas khas milik OKU, di sebuah stesen minyak.

Dalam klip video yang dimuat naik dalam media sosial, kedua-duanya yang dipercayai penunggang basikal berdasarkan pakaian dipakai mereka dilihat bergelak ketawa dengan salah seorang berlakon berjalan seperti mengalami kecacatan ketika memasuki tandas dikhaskan untuk golongan OKU.

Klip rakaman yang awalnya dimuat naik  aplikasi media sosial iaitu TikTok namun dipadam sebelum dimuat naik semula di laman Twitter dan mengundang pelbagai reaksi pengguna lain yang melihat ciapan tersebut.

Seorang pengguna Twitter, anirah_aina meluahkan perasaan kesalnya sebagai seorang yang bekerja di sebuah pusat rehabilitasi melihat gelagat dua wanita itu dan menyifatkan mereka hanya ingin mencari publisiti.

“Sebagai seorang yang bekerja di dalam bidang rehabilitasi dan sudah banyak tengok kesusahan serta keperitan mereka yang yang tidak mampu melakukan perkara biasa seperti berjalan macam orang biasa, video ini tersangat bodoh dan kurang ajar,” ciapnya di laman Twitter.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan kesal melihat dua wanita dewasa yang berlakon seperti golongan OKU hanya untuk mencari publisiti di laman internet dan menyoal mana lawak dan jenaka yang dibuat oleh pelaku.

“Orang kayuh basikal, kau nak kayuh basikal. Sudahnya kau jadi mo***t. Eh m0***t pun kalau diajar, akhlak lagi elok. OKU tu manusia, tak perlu kau persenda macam tu. Tak kelakar pun. Jijik,” ciap nafisnba.

Even anak I ada kad OKU pun kitorang jarang gila guna tandas OKU ni. Parking OKU pun kitorang tak pernah guna. Sebab tahu ada OKU lain yang lebih berhak guna privilege yang ada. Yang mak cik-mak cik bebal ni pulak mengada lebih,” ciap yanasyairah.

“Bila dilahirkan sempurna tapi akal pulak tak berapa nak sempurna..gini lah jadinya, tak tahu kenapa nak jadikan sebagai bahan lawak..please jangan sesiapa samakan dengan mo***t okay sebab mo***t memang sah-sah tak berakal, yang ni tak layak,” ciap norainisa.

“Dekat timeline aku ni dah dua video orang mempersendakan golongan OKU. Seorang guna parking OKU, seorang lagi ni guna tandas OKU. Selaku anak kepada OKU, saya doa pada tuhan supaya segala tindak tanduk sinis awak berdua ni dibalas tuhan dengan paling hina sekali,” ciap thefazzahra.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN