Marsyal berlagak ‘polis trafik’ tular lagi - Utusan Malaysia

Marsyal berlagak ‘polis trafik’ tular lagi

TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan aksi individu yang bertindak sebagai marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sekumpulan motosikal berkuasa tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Polis mengesan individu yang bertindak sebagai marsyal dengan memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan seperti video yang tular di laman sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, video berdurasi tiga minit itu memaparkan tindakan marsyal tersebut bagi membolehkan sekumpulan motosikal berkuasa tinggi melalui sebuah jalan di sini.

“Rakamam tersebut menunjukkan aksi marsyal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.

“Ia bagi membenarkan sekumpulan motosikal berkuasa tinggi dalam jumlah lebih kurang 20 biji motosikal melalui laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Aidi Sham, dalam rakaman tersebut dipercayai konvoi motosikal itu bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah di Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang di sini.

Beliau berkata, seseorang marsyal tidak dibenarkan memberi apa juga arahan bagi tujuan menahan, memberhentikan atau melencong kenderaan tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis.

“Polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalu lintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967, Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (halangan lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59(Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar),” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.