Lori lupus sisa binaan ditahan - SWCorp - Utusan Malaysia

Lori lupus sisa binaan ditahan – SWCorp

SEBUAH lori jenis Hino ditahan kerana melupuskan sisa binaan di lokasi tidak dibenarkan di Jalan Pintasan Segambut, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pandai bina tapi tak pandai buang.

Itu tindakan tidak bertanggungjawab sebuah syarikat pembinaan yang bertindak melupuskan sisa binaan di lokasi tidak dibenarkan di Jalan Pintasan Segambut, Kuala Lumpur petang semalam.

Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib berkata, pihaknya menahan sebuah lori jenis Hino yang dikesan melupuskan sisa pepejal terkawal (sisa binaan) dianggarkan seberat tiga tan metrik.

Beliau berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan pembantu penguat kuasa SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 71 (1), Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007, (Akta 672) iaitu larangan terhadap pelonggokan, pengolahan dan pelupusan, sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran.

“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya