Lapan penjuru di DUN Dudong - Utusan Malaysia

Lapan penjuru di DUN Dudong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong menjadi satu-satunya kerusi yang paling ramai pencabar iaitu lapan penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 18 Disember ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, sebanyak empat DUN yang berdepan satu lawan satu manakala 13 DUN berdepan tiga penjuru.

“Sebanyak 33 kerusi berdepan empat penjuru, 24 DUN dengan lima penjuru dan tujuh kerusi dengan enam penjuru,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, dengan jumlah 349 calon yang bertanding, seramai 304 terdiri daripada lelaki dan 45 adalah wanita.

“Terdapat dua calon termuda iaitu calon PKR di DUN Batu Lintang dan calon Parti Bumi Kenyalang di DUN Nangka dengan usia 24 tahun.

“Calon tertua pula adalah calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang bertanding di DUN Bawang Assan dengan usia 79 tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya