Kurang fokus, agenda bumiputera tidak menonjol - Utusan Malaysia

Kurang fokus, agenda bumiputera tidak menonjol

ANITA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kurang penglibatan pihak berkepentingan dalam menjayakan agenda memperkasa ekonomi bumiputera di negara ini menyebabkan pelaksanaannya kurang menonjol.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Sabah (DPUS), Anita Mohamed berkata, agenda yang dilaksanakan sebelum ini bukan gagal tapi, hasilnya tidak terlalu menonjol. Walaupun hasil yang diharapkan sepatutnya jauh lebih baik.

Beliau berkata, kekurangan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti dewan-dewan perniagaan menyebabkan kumpulan sasar yang sepatutnya mendapat manfaat daripada agenda tersebut tidak menerimanya.

Jika dilihat dewan-dewan perniagaan boleh membantu kerajaan dari segi pangkalan data usahawan-usahawan yang layak dibantu. Maka, kerjasama erat antara agensi kerajaan dan dewan perniagaan amat penting.

“Dewan-dewan perniagaan boleh membantu kerajaan memastikan agenda memperkasa ekonomi bumiputera yang dirancang dijayakan dengan sebaiknya. Setiap dewan perniagaan mempunyai ahli-ahli tersendiri dan mereka lebih tahu mana ahli yang perlu dibantu kerana itulah peranan dewan-dewan perniagaan,” katanya.

Anita berkata, kelemahan lain yang boleh dilihat dalam memperkasa usahawan di negara ini adalah kurangnya pendedahan tentang kepentingan membeli aset dalam perniagaan.

Banyak bantuan disediakan oleh kerajan tapi, tidak banyak bantuan berbentuk fizikal iaitu dalam bentuk pemilikan aset. Oleh itu, dana pinjaman yang diberikan tidak mampu berkembang pada jangka masa panjang.

Ia mengakibatkan usahawan sekadar menghabiskan geran atau dana pinjaman yang disediakan tanpa ada sebarang hasil yang boleh dimanfaatkan bagi tempoh masa yang panjang.

Mengulas lanjut katanya, geran dan dana pinjaman kepada usahawan lebih tertumpu kepada peniaga kecil-kecilan dan bidang peruncitan untuk golongan B40.

Bantuan kepada usahawan yang ingin mengembangkan sayap perniagaan ke peringkat global pula kurang diberi tumpuan. Jadi, macam mana mahu perkasakan usahawan bumiputera.

“Pinjaman melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memberi fokus kepada peruncitan dan Tekun Nasional (Tekun) hanya untuk usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan kadar pinjaman sehingga RM5,000.

“Namun, semua peminjam ini memerlukan lesen dan premis fizikal untuk melayakkan mereka mendapat pinjaman. Dunia perniagaan sudah berubah kepada perniagaan dalam talian maka, keperluan premis fizikal tidak lagi relevan dijadikan syarat pinjaman.

“Isu-isu sebegini yang perlu dilihat oleh agensi kerajaan dalam menguruskan bantuan dana dan geran pinjaman kepada usahawan bumiputera,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya