Kronologi rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak - Utusan Malaysia

Kronologi rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak

ANGGOTA polis mengawal pekarangan Mahkamah Tinggi Rayuan Putrajaya berikutan keputusan rayuan Najib hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERIKUT adalah kronologi rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bermula 28 Julai tahun lalu hingga hari ini:

28 Julai 2020: Keputusan kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta. Najib berhadapan dengan hukuman penjara, sebat dan denda. Namun atas faktor usia, Najib tidak akan dikenakan hukuman sebatan.

30 Julai 2020: Pasukan pembelaan Najib memfailkan notis rayuan.

19 Oktober 2020: Pasukan pembelaan memfailkan petisyen rayuan dengan mengemukan 307 alasan kenapa Najib tidak sepatutnya didapati bersalah.

5 April 2021: Rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mula didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

18 Mei 2021: Mahkamah Rayuan tamat mendengar rayuan pihak pembelaan dan pendakwaan selepas 15 hari.

23 November 2021: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya mengeluarkan kenyataan bahawa Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan Najib.

23 November 2021: Pasukan pembelaan Najib memohon agar tarikh keputusan itu diubah ke tarikh baharu atas alasan Najib baru pulang dari Singapura dan perlu menjalani kuarantin.

24 November 2021: Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan tidak membenarkan permohonan pasukan pembelaan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuan itu sebaliknya mengarahkan agar semua pihak yang terlibat dalam rayuan itu untuk hadir pada prosiding sebagaimana ditetapkan.

7 Disember: Pendengaran permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu. Permohonan tersebut bagaimanapun ditolak oleh Mahkamah Rayuan atas alasan ia bukanlah satu keterangan yang diperlukan dan relevan.

8 Disember:  Keputusan rayuan Najib atas sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya