KUALA LUMPUR: Orang ramai yang kurang berkemampuan disaran tidak mendapatkan rawatan di hospital swasta susulan dakwaan kenaikan premium insurans. Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, permintaan mendapatkan penurunan harga tidak akan berlaku sekiranya golongan kurang berkemampuan mahu mendapatkan rawatan di perkhidmatan kesihatan swasta berikutan kosnya yang sedia tinggi. Kata beliau, pihaknya juga tidak menafikan kos perkhidmatan kesihatan kerajaan juga agak tinggi, namun perkhidmatan itu mendapat…










