‘Kita pilihan yang ada’  - Mohd. Shafie - Utusan Malaysia

‘Kita pilihan yang ada’  – Mohd. Shafie

MOHD. Shafie Apdal (kanan) bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) semasa sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Parti Warisan (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan membolehkan rakyat di negara ini mempunyai pilihan.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apabila melihat kepada situasi politik semasa, pilihan yang ada terlalu terhad hingga menyebabkan tiada perubahan besar yang berlaku setakat ini.

“Misalnya di Melaka, orang tidak turun mengundi sebab pilihan apa yang ada, jadi kita akan menjadi pilihan yang ada. Pilihan terlalu terhad, itu sebabnya kita mahu memberi pilihan dalam sistem (politik) sedia ada.

“Kita mempunyai UMNO, Pas, PKR, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikatakan berasaskan kepada bangsa dan agama.

“Jadi, kalau UMNO boleh diundi oleh orang Sabah, tidakkah Warisan tidak boleh diundi oleh orang Muar, orang Johor contohnya, apa pun kita semua adalah rakyat Malaysia,” katanya semasa sidang akhbar selepas perasmian Persidangan Tahunan Warisan hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, dari segi perundangan, tiada halangan untuk Warisan melebarkan sayap ke Semenanjung sebab itu mereka yakin kerana banyak penyokong yang inginkan Warisan lebarkan sayap.

Menurut Mohd. Shafie, perlembagaan parti juga membolehkan Warisan bertanding di 222 kerusi Parlimen dan ia termaktub dalam perlembagaan parti sejak ia didaftarkan.

Ini bermakna, Warisan boleh bertanding di mana-mana kawasan Parlimen yang ada.

Jelas beliau, sekiranya Muda sukar mendapat kelulusan, mereka boleh menggunakan logo Warisan.

Walau bagaimanapun, Warisan tidak akan bertanding semua kerusi kerana mereka akan bekerjasama dengan parti lain dalam sebuah gabungan.

“Sebab itu saya katakan kepada Syed Saddiq, kenal pasti anak muda yang kena tonjolkan, sekiranya tidak berdaftar. 

“Tapi, kalau parti itu sudah berdaftar maka, selepas pilihan raya Saddiq boleh beralih kepada parti tersebut (Muda) dan tidak semestinya kena berada dalam Warisan, jangan risau tentang itu,” katanya.

Parti Warisan yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu akan melancarkan sayap parti di Semenanjung secara rasmi pada 17 Disember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN