Kerjasama dengan kleptokrat, PH digesa kaji MoU - Utusan Malaysia

Kerjasama dengan kleptokrat, PH digesa kaji MoU

KHALID ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Pakatan Harapan (PH) digesa dikaji semula sekiranya integriti diketepikan dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad menegaskan, parti itu menolak sebarang kerjasama dengan golongan kleptokrat.

“Berhubung status MoU antara kerajaan dengan PH, Amanah memperjuang sifat integriti dan keamanahan. Sifat ini dianggap penting dan paksi kebangkitan ummah di negara. Amanah menyedari kemenangan calon PH dpada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas sebab rakyat menolak kleptokrasi dan sifat khianat dalam pentadbiran negara.

“Parti Amanah ingin menegaskan bahawa sekiranya kleptokrasi dilihat kembali berpengaruh ke atas kerajaan pimpinan Ismail Sabri, maka Amanah akan mengesyorkan supaya PH mengkaji kembali keabsahan MoU yang telah kami tandatangi,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Khalid mendakwa, kemunculan semula kleptokrasi adalah berpunca daripada Langkah Sheraton yang berlaku pada Februari tahun lalu.

“Kembalinya golongan kleptokrasi adalah atas sebab Langkah Sheraton yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Maka kemungkinan mereka kembali kedudukan berpengaruh dan berkuasa adalah berpunca tindakan khianat politik yang mereka lakukan,” katanya.

Mengulas isu yang mengaitkan pelantikan anak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Khalid berkata, semua itu akan diambil kira dan perkembangan yang akan berlaku dalam masa terdekat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya