Kajian tengkorak pra sejarah Februari depan - Utusan Malaysia

Kajian tengkorak pra sejarah Februari depan

ASMAIZA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kajian di tapak penemuan fosil tulang dan tengkorak manusia dianggarkan dari zaman pra sejarah berusia antara 5,000 hingga 10,000 tahun di Bukit Keteri, Chuping baru-baru ini akan dilakukan Jabatan Warisan Negara (JWN) Februari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Asmaiza Ahmad berkata, kajian tersebut juga dijalankan secara serentak dengan penemuan lukisan dinding gua zaman proto sejarah di Gua Semadong.

Katanya, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh kerajaan negeri sama ada membenarkan kawasan tersebut diwartakan atau mengambil hasil penemuan berkenaan untuk dipelihara dan dijaga di tempat lain.

“Kalau mereka jumpa banyak lagi artifak di situ, mungkin kerajaan negeri akan mengambil dan mewartakan kawasan tersebut. Sekiranya banyak penemuan yang dijumpai, sekurang-kurangnya berbaloi untuk diwartakan kawasan itu dan dibuat galeri.

“Bagaimanapun, jika sedikit mungkin kami akan minta JWN untuk artifak itu dan bawa ke tempat lain atau ke muzium kita sendiri di Muzium Kota Kayang.

“Apa-apa pun, semua keputusan akan dibuat berdasarkan laporan yang akan dibuat boleh JWN yang dijangka mungkin memakan masa untuk kajian tersebut dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (Pas-Guar Sanji) mengenai usaha dan tindakan kerajaan negeri memelihara dan memulihara tapak sejarah serta prasejarah dalam negeri ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan, penemuan fosil-fosil tulang seperti tengkorak manusia, haiwan prasejarah, fosil cenkerang laut dan lukisan gua zaman proto sejarah di sekitar Bukit Keteri dan Semadong yang dipercayai berusia antara 5,000 hingga 10,000 tahun.

Aktivis alam sekitar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Perlis Nature and Wildlife (PNW) bersama Persatuan Mendaki Negeri Perlis (Perlis Climbers) giat meneroka alam semula jadi sekitar Perlis sejak penemuan pertama pada 2018 yang lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya