Johor ambil langkah awal sedia hadapi banjir - Utusan Malaysia

Johor ambil langkah awal sedia hadapi banjir

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mengambil pelbagai langkah sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh dan kemungkinan banjir di negeri itu ekoran fenomena Monsun Timur Laut.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan isu kelewatan dalam usaha menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa terlibat.

Katanya, hal itu kerana bencana berkenaan membabitkan nyawa dan keselamatan rakyat yang merupakan keutamaan kerajaan negeri.

“Johor sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan semasa musim tengkujuh, termasuk dengan penambahbaikan sistem pengurusan bencana banjir dengan mengambil kira keadaan di luar jangkaan. Saya telah mengarahkan agensi terlibat untuk melakukan latihan penyelarasan bertujuan memastikan gerak kerja menyelamat dan memberi bantuan semasa banjir dapat diselaraskan dengan baik serta dilakukan segera,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya