fbpx

Jenazah Sabbaruddin selamat dikebumikan

PETALING JAYA : Jenazah bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sekitar pukul 10.40 pagi ini.

Proses pengebumian Allahyarham itu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan kerajaan.

Terdahulu, jenazah Sabbaruddin dibawa keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekitar pukul 10 pagi setelah urusan Tayamum dan Solat Jenazah disempurnakan.

Semalam, Sabbaruddin, 80, menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada pukul 7.45 malam semalam setelah seminggu dimasukkan ke dalam wad kerana disahkan positif Covid-19.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya (UM) itu memulakan karier politiknya sebagai Ahli Parlimen Temerloh bermula 1982 sehingga 1987 dan pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan (1982 hingga 1987) dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1987 hingga 1997).

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Agung UMNO itu pernah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad dan Pengerusi Bank Rakyat.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!