Isu terjemahan ‘Datuk’ dikitar semula - Utusan Malaysia

Isu terjemahan ‘Datuk’ dikitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu tangkap layar terjemahan gelaran ‘Datuk’ dalam poster di Facebook Kementerian Kesihatan yang ditular, baru-baru ini, pernah timbul pada Disember tahun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian berkenaan isu tersebut timbul kembali seolah-olah hantaran tersebut baharu dibuat tiga jam yang lalu berdasarkan paparan tangkap layar disebarkan pada petang 10 Disember 2020. 

Katanya, hantaran asal ini adalah dalam bahasa Melayu dan bukannya dalam bahasa Inggeris seperti yang disebar meluas menerusi aplikasi WhatsApp.

“Ia berpunca daripada pengguna yang telefonnya telah diaktifkan fungsi terjemahan automatik teks Facebook sekali gus menyebabkan perkataan ‘Datuk’ tidak ditafsirkan sebagai kata nama khas oleh Facebook, tetapi menjadi perkataan “grandfather” dalam telefon pengguna terbabit. 

“Sebaran tangkap layar itu tidak menggambarkan posting asal poster tersebut. Hantaran asal Facebook boleh dilayari di pautan berikut, https://www.facebook.com/373560576236/photos/a.390879946236/1015 7560148466237/,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menyebut, bagi mengelakkan kekeliruan berulang, pentadbir Facebook Kementerian Kesihatan mengambil tindakan dengan menulis teks ucapan dalam dua bahasa (iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris) pada hari yang sama berhubung ucapan tahniah kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) yang baru dilantik ke jawatan tersebut. 

Katanya, pentadbir Facebook kementerian berkenaan juga menghentikan terjemahan di halaman Facebook tersebut dengan mengaktifkan fungsi Your post will remain in original language’ dalam tetapan halaman.

“Maka, mana-mana pengguna Facebook yang telefon mereka masih diaktifkan fungsi terjemahan automatik teks sudah tidak lagi melihat terjemahan teks semenjak 10 Disember 2020.

“Penjelasan ini dapat menghentikan kekeliruan yang timbul berhubung isu terjemahan gelaran ‘Datuk’ yang ditularkan dalam media sosial baru-baru ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN