Isu dibangkit MT UMNO basi - Utusan Malaysia

Isu dibangkit MT UMNO basi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan, isu-isu yang dibangkitkan oAhli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,  Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi sebagai sudah basi.

Menurutnya, beliau merasa hairan Mohd. Puad baru merasa ‘koyak’ dengan isu yang sudah basi apabila cuba mengaitkan dakwaan ‘lok lak’ itu dengan kejadian yang berlaku semasa final Piala Malaysia yang telah berlangsung lebih seminggu lalu.

“Hal dah basi, baru dia nak ‘koyak’.

“Sebab itu saya tanya, dia ini duduk di planet mana?” katanya kepada Utusan Malaysia disertakan emoji ketawa menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Mohd. Puad berkata, dakwaan beliau baru-baru ini bahawa Muhammad Sanusi seorang yang ‘lok lak’ dibuat setelah Menteri Besar itu membuat hantaran berbaur menyindir di Facebook selepas kekalahan JDT dalam final Piala Malaysia kepada Kuala Lumpur,  30 November lalu.

Menurut Mohd. Puad, Muhammad Sanusi tidak perlu memuat naik status meminta gambar harimau berjalan tersipu-sipu selepas JDT tewas kerana tujuan sukan adalah untuk perpaduan, keharmoninan dan persahabatan.

Dakwa Mohd. Puad, tindakan Muhammad Sanusi itu adalah sesuatu yang tidak harmoni, berdendam dan mencari gaduh. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya