Hujan berterusan punca banjir di Changkat Jong - Utusan Malaysia

Hujan berterusan punca banjir di Changkat Jong

Berikutan bencana banjir yang melanda negara ketika ini, sebahagian besar bank di Malaysia telah mengumumkan pelbagai bantuan kepada pelanggan yang terkesan akibat bencana tersebut. - GAMBAR HIASAN/IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan dua kampung di Changkat Jong dekat sini dinaiki air hari ini akibat limpahan air Sungai Bidor.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Batu 8, Lorong Kedah dan Kampung Batu 9 yang membabitkan 26 penduduk daripada lapan keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pada pukul 8 pagi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Batu 4, Changkat Jong.

“Hujan berterusan menyebabkan limpahan air dari Sungai Bidor ke kawasan rendah. Setakat pukul 10.30 pagi tadi, paras air di sungai berkenaan merekodkan bacaan sehingga 3.80 meter.

“Keadaan ini menyebabkan kawasan penempatan penduduk di dua buah kampung itu dinaiki air setinggi 0.6 meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan terkini di lokasi masih hujan dan pemantauan dilakukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hilir Perak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya