Hasil ladang dipertingkat, elak beban kenaikan harga dan kartel - Utusan Malaysia

Hasil ladang dipertingkat, elak beban kenaikan harga dan kartel

AZULITA Salim (tengah) merasa masakan asam tempoyak campuran ikan patin Sungai Tembeling senpena pertandingan memasak Program Khas Dapur Peladangnita 'Moh Masak Weh' di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengambil maklum situasi kenaikan harga sayur-sayuran dan ternakan dalam tempoh pemulihan pandemik Covid-19 dan melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan pengeluaran dan pemasaran.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azulita Salim berkata, LPP  melaksanakan pengeluaran makanan daripada ladang kalangan usahawan yang bernaung di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh negara. 

“Kita sedia maklum kenaikan harga sayur, ayam dan bahan mentah makanan lain berpunca daripada peningkatan harga baja dan racun. Bagaimanapun, program tanaman ladang termasuk ternakan di bawah LPP tetap diteruskan seperti sebelum ini di bawah pengusaha PPK tempat masing-masing.

“Usahawan LPP dan PPK diarahkan meningkatkan pengeluaran hasil ladang untuk pasaran tempatan bagi memenuhi permintaan pengguna di samping penambahan stok hasil berkenaan mampu mengurangkan tekanan kenaikan harga tersebut dan belanja pengguna,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita merasmikan Program Khas Dapur Peladangnita ‘Moh Masak Weh’ anjuran LPP dan PPK Pahang yang membabitkan pertandingan masakan tempatan disertai 18 buah kumpulan terdiri daripada 36 orang ahli Peladangnita Pahang di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Azulita menambah, LPP terus menyokong aktiviti pemasaran yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Hasil Pertanian Persekutuan (FAMA) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pelengkap yang membantu pengusaha PPK di semua tempat. – UTUSANONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN