Hasif Upin serlah nyanyian dalam Janji Sampai Mati - Utusan Malaysia

Hasif Upin serlah nyanyian dalam Janji Sampai Mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang TikTok, Hasif Upin menyerlahkan bakat nyanyian menerusi single sulung, Janji Sampai Mati yang mula diperdengarkan kepada umum baru-baru ini.

Lagu berkonsepkan balada pop itu merupakan hasil ciptaan penyanyi terkenal, Aizat Amdan, disusun Anas Amdan dan lirik oleh Mel Rahman.

Pemilik nama sebenar Muhammad Hasif Sharuddin ini dalam kenyataan berkata dia mengambil masa sehari untuk merakamkan lagu berkenaan.

“Saya diberikan tiga hari untuk membuat homework bagi memahami maksud lagu tersebut.

“Memandangkan saya masih baru, guru vokal, Sarah Ismail hadir membantu sepanjang proses rakaman berlangsung.

“Saya berterima kasih kepada pihak Armani Entertainment Group atas peluang ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Hasif berkata itu lagu yang berdurasi 4 minit 11 saat itu mengupas tentang kisah cinta dan kesetiaan.

“Lagu ini berkisar tentang kisah cinta antara dua jiwa, penantian penuh kesetiaan dan janji yang terpatri sehingga akhir hayat.

“Sejujurnya saya tidak tahu perasaan sebegitu kerana masih bujang. Saya hidup sebatang kara setelah pemergian ibu Oktober lalu. Ayah pula sudah lama tiada,” katanya.

Dalam pada itu, kata anak jati Kota Tinggi, Johor ini peluang menjadi penyanyi direbut selepas menyertai ujibakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group.

“Pada awal saya hadir untuk uji bakat lakonan. Tetapi apabila mereka mendengar nyanyian saya, mereka terus menawarkan kontrak untuk menjadi penyanyi.

“Alhamdulillah, saya menerima superstar pass daripada pengarah, Michael Ang dan terus diserap,” ceritanya.

Lagu Janji Sampai Mati telah dipilih sebagai runut bunyi drama I Promise, Janji Anaqi yang ditayangkan di Astro Ria bermula 6 Disember lalu.

Ia boleh dimuat turun dan diperdengarkan di aplikasi iTunes Store, Apple Music, Spotify, Joox, Youtube Music, KKBox dan Deezer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya