Harga barang: AMK serah memorandum desak KPDNHEP selesai segera isu - Utusan Malaysia

Harga barang: AMK serah memorandum desak KPDNHEP selesai segera isu

AHMAD Syukri Ab. Razab (kanan) menyerahkan memorandum bantahan kepada Mohd. Ariffin A.M Noordin di perkarangan KPDNHEP, Putrajaya. - UTUSAN/SUBKHI SUDARJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung masalah kenaikan harga barangan keperluan asas yang menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat.

Setiausahanya, Ahmad Syukri Ab. Razab berkata, kenaikan harga barangan asas itu semestinya mendatangkan kesan kepada perbelanjaan harian masyarakat khususnya melibatkan kumpulan B40 dan M40 yang kini turut berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi lain disebabkan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, kenaikan harga barangan makanan seperti sayur-sayuran, ayam, roti, telur ayam dan minyak masak dengan peningkatan harga dua kali ganda perlu segera diatasi.

“Sebagai contoh, beberapa laporan media mengenal pasti kenaikan harga sayur- sayuran sebanyak satu hingga dua kali ganda, yakni sebanyak RM2 hingga RM12 mengikut jenis sayur antaranya kubis, kubis bunga, sawi pendek, sawi, brokoli dan kacang buncis.

“Selain itu, harga ayam terus mencatatkan kenaikan harga semasa sehingga mencecah RM9.80 sekilogram, berbanding dengan lingkungan harga RM5.50 hingga RM7.00 sekilogram yang pernah dinikmati pengguna sebelum ini.

“Begitu juga harga telur ayam turut merekodkan kenaikan mendadak sehingga RM3 sepapan sejak sebulan lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Pegawai Perhubungan Awam, Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP, Mohd. Arifin A.M Noordin di hadapan KPDNHEP, hari ini.

Ahmad Syukri berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada para peniaga, terdapat kenaikan harga pada barangan runcit lain seperti tepung, sardin dalam tin, susu pekat, beras, rempah kari, roti dan sos. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya