Hannah Yeoh bertudung santuni jemaah masjid, bukan raih undi - DAP - Utusan Malaysia

Hannah Yeoh bertudung santuni jemaah masjid, bukan raih undi – DAP

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mengenakan tudung ketika memasuki sebuah masjid, baru-baru ini tidak sepatutnya dilihat sebagai satu tindakan terdesak untuk meraih undi masyarakat Melayu.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali sebaliknya berkata, tindakan itu dibuat dengan tujuan menyantuni kariah masjid tersebut dengan pembawaan yang disenangi.

Menurut beliau, dakwaan Hannah terdesak memakai tudung untuk meraih undi adalah tidak wajar dilemparkan terhadap wakil rakyat itu.

“Hal ini kerana Parlimen Segambut yang diwakili Hannah terdiri daripada majoriti pengundi bukan Melayu iaitu pengundi Cina seramai 59 peratus manakala pengundi Melayu hanya sekitar 28 peratus.

“Jika benar sekalipun Hannah mahu meraih sokongan pengundi Melayu Islam di kawasannya, ia patut disanjungi kerana beliau tidak tertinggal untuk menyantuni kelompok minoriti di kawasan diwakilinya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, tindakan Hannah Yeoh mengenakan tudung ketika menyertai satu majlis di dalam kawasan masjid menimbulkan perbalahan antara masyarakat yang mendakwa wakil rakyat DAP berkenaan hanya mahu memancing undi Melayu.

SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI

Tambah Sheikh Umar, agama Islam juga tidak melarang masyarakat bukan Muslim memasuki masjid seperti mana yang didukung mazhab Syafi’e, Hambali dan Hanafi.

“Kita semua sedar bahawa mana-mana kawasan atau premis yang kita lawati pastilah terdapat kod etika pemakaian tertentu. Dalam hal ini, kita tidak wajar berfikiran sempit seolah-olah mengenakan tudung itu dengan mudahnya akan menjadikan seseorang itu ‘Islam’. 

“Maaf cakap, rahib-rahib Kristian dan Yahudi juga berhijab, cuma barangkali jenis atau nama hijabnya saja berbeza dengan Malaysia,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya