Hadiah menarik menanti kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 - Utusan Malaysia

Hadiah menarik menanti kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendeposit Simpan SSPN Plus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Gold Bar bernilai RM150,000, Kereta Perodua Bezza 1.3 AV, perkakas Dapur Canggih (Thermomix) dan hadiah saguhati tunai bernilai RM221 menerusi kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 yang bermula 1 September lalu dan akan berakhir pada 31 Disember ini.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan, kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 ini adalah kesinambungan daripada Cabutan WOW! SSPN-i Plus yang telah dilaksanakan bermula 2015 hingga 2020 sebagai usaha untuk memperkasakan budaya penabungan di kalangan masyarakat.

Kempen ini dikhususkan kepada pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan di dalam tempoh kempen.

Antara syarat-syarat untuk menyertai kempen ini adalah terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

“Selain itu, pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan manakala bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 iaitu simpanan dan takaful melayakkan satu cabutan.Tiada had untuk bilangan cabutan.

“Malah pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif atau akaun tidak ditutup sehingga tarikh cabutan.

Dalam pada itu, kelayakan Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 ini adalah automatik bagi pendeposit yang layak.

Jelas PTPTN lagi, pendeposit boleh membuka akaun atau menambah simpanan Simpan SSPN Plus secara online dengan melayari www.lovesspn.com atau di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.

 

Apa kata pendeposit?

“SAYA menyimpan sejak 15 tahun lalu kerana melihatkan Simpan SSPN mempunyai pelbagai keistimewaan khususnya perlindungan takaful dan potongan cukai. Namun paling menarik sekali adalah pemberian dividen bagi tabungan anak-anak saya.

“Jika perancangan kewangan dan perlindungan buat ahli keluarga dirancang dengan baik, pastinya kestabilan kewangan dalam institusi keluarga akan terjamin. Jadi, kebarangkalian untuk keluarga anda menghadapi masalah kewangan dapat dikurangkan.”

MAIZURAH MOHAMED, Pengurus, 51.

 

“SAYA menyimpan dalam Simpan SSPN Prime sejak anak kecil kerana mahu melakukan pelaburan demi masa depan anak. Malah bukan setakat itu sahaja,saya juga dapat pelbagai manfaat daripada segi pelepasan taksiran cukai dan manfaat perlindungan takaful.

“Merancang kewangan buat keluarga sebenarnya salah satu cara untuk anda belajar menyimpan dengan bijak. Jadikan tabiat menyimpan satu disiplin bukan sahaja untuk diri sendiri, malah sebagai galakkan kepada anak-anak untuk menyimpan wang saku lebihan yang anda beri.”

CHONG WAN WAH, Pekerja Bank, 39.

 

“Saya telah menyimpan sejak 2010 kerana Simpan SSPN Prime memberi pelbagai faedah dan perlindungan kepada kita. Bukan sahaja dividen, tetapi demi masa depan anak-anak kita.

“Tidak kiralah sama ada ianya terjadi kepada anda atau ahli keluarga. Namun, malang memang tidak berbau, sekiranya berlaku kemalangan atau ahli keluarga anda menghidap penyakit, perancangan kewangan dan perlindungan yang baik pastinya mengurangkan beban yang ditanggung.”

GUNASEGARAN, Perunding konsultan, 55.

– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya