“Gaji saya sama sahaja dengan staff lain” - Iqbal Zulkefli - Utusan Malaysia

“Gaji saya sama sahaja dengan staff lain” – Iqbal Zulkefli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil menafikan pernah dibayar antara RM50,000 hingga RM100,000 ketika bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida.

Jelas Iqbal, kenyataan Vida yang diterbitkan sebuah portal tempatan itu tidak benar dan mendatangkan fitnah.

“Minta maaf saya mencelah. Kenyataan tentang gaji saya RM50,000 hingga RM100,000 tidak benar.

“Sebetulnya pada awal bermula RM1,400. Tahun ketiga barulah RM2,000 lebih.

“Itu pun saya selalu bekerja dari sampai Subuh. Gaji saya sama sahaja dengan staff (kakitangan) lain, bahkan ramai staff yang lebih tinggi.

“Cuma siapa rajin dan kreatif buat sales, mereka akan dapat setimpal dengan usaha,” tulisnya di Instastory.

Terdahulu Vida menerusi sebuah artikel yang diterbitkan portal tersebut menyatakan pernah membayar Iqbal RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan.

Dalam perkongsian lain, Iqbal meminta usahawan berkenaan agar hormati privasinya dan tidak memutar belit cerita.

“Saya sudah lama tidak sebut nama dia. Kalau tidak kacau saya, saya pun akan diam.

“Tapi ini mendatangkan fitnah. Gaji saya sama sahaja dengan kakitangan lain. Saya berterima kasih dan kenang jasa sampai bila-bila tetapi jangan pusing.

“Tolong. Saya mohon. Saya penat. Hormati privasi saya. Saya juga akan hormati.

“Tidak usah ditokok tambah lagi. Teruskan hal sendiri. Di Indonesia, mahu fokus untuk yang betul-betul serius menyayangi saya,” tulisnya.

Vida dan Iqbal sebelum ini hampir mendirikan rumah tangga bersama. Namun jodoh tidak kesampaian apabila hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN