Dua sindiket syabu tumpas, dadah RM10.271 juta dirampas - Utusan Malaysia

Dua sindiket syabu tumpas, dadah RM10.271 juta dirampas

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua sindiket pengedaran dadah jenis syabu tumpas selepas 13 individu ditahan bersama dadah bernilai RM10.271 juta, baru-baru ini.

Penahanan pertama dilakukan terhadap 11 lelaki pada 29 November di sekitar Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain berkata, susulan penahanan itu, serbuan kedua dilakukan keesokannya sebelum menahan seorang lelaki dan seorang wanita.

Kata beliau, kesemua suspek berusia 21 tahun hingga 53 tahun itu dipercayai menggunakan kaedah kurier untuk menyeludup dadah syabu ke Sabah, Sarawak dan luar negara iaitu Indonesia, Filipina serta Australia.

“Sindiket menggunakan kaedah menyembunyikan lima bungkusan dadah  dalam alat penyedut asap dapur bagi mengaburi mata pihak polis manakala satu sindiket lagi menggunakan bungkusan teh cina untuk menyeludup dadah syabu melalui perkhidmatan kurier.

“Susulan serbuan itu, polis merampas 285.47 kilogram dadah syabu bernilai RM10.271 juta.

“Sindiket menggunakan perkhidmatan kurier di Jalan Sultan Jalan Shah dan di Jalan Kuching untuk menyeludup dadah itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Razarudin, pihaknya turut menyita tiga kereta, tujuh barang kemas dan seutas jam tangan bernilai RM194,200.

“Saringan awal air kencing,  mendapati empat suspek positif dadah syabu.

“Semakan rekod mendapati 11 suspek mempunyai rekod lampau dalam kes dadah dan jenayah,” katanya.

Tambah Razarudin, sindiket ini aktif sejak enam bulan lalu dan kesemua mereka direman 12 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya