fbpx

Dipercayai berhalusinasi, wanita tak sedar panjat pokok 9 meter tinggi

ANGGOTA Bomba menyelamatkan seorang wanita yang memanjat pokok namun gagal turun dari ketinggian sembilan meter di Kampung Lubok Dulang, Ayer Lanas, Jeli, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Sepasukan anggota bomba menyelamatkan seorang wanita yang tidak dapat turun selepas memanjat sebatang pokok akasia setinggi 9.1 meter di Jalan Lubok Dulang, Ayer Lanas, di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa, Riszi Che Soh, 51, berhalusinasi dan bertindak memanjat pokok itu tanpa sedar seorang diri dan gagal turun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga mangsa kira-kira pukul 9.33 pagi sebelum sembilan anggota bomba ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi itu mendapati, mangsa berada dalam keadaan lemah dan ketakutan.

“Melihat kepada situasi itu, anggota bomba mengambil masa selama 10 minit untuk memujuk dan menenangkan mangsa.

“Selepas berjaya memujuknya, bomba menggunakan peralatan menyelamat seperti tali dan tangga untuk menurunkan wanita itu,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Adni, mangsa yang berada dalam keletihan diserahkan kepada keluarganya dan operasi menyelamat tamat pada pukul 10.30 pagi.- UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI