Datuk Seri didakwa lagi atas tuduhan menipu permit pekerja asing - Utusan Malaysia

Datuk Seri didakwa lagi atas tuduhan menipu permit pekerja asing

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang pernah didakwa menipu dan menerima rasuah Mac lalu, didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berhubung permohonan permit pekerja asing.

Bagaimanapun tertuduh, Mohamed Al Faizal Mohamed Ibrahim, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Al Faizal didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 56 tahun untuk memindahkan wang sebanyak RM115,100 ke dalam akaun bank RHB miliknya untuk tujuan permohonan permit pekerja asing yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang itu jika tidak diperdayakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bandar Rawang di sini antara 17 Julai tahun lalu dan 19 Januari lalu.

Ahli perniagaan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Mohamed Al Faizal memohon ikat jamin dikurangkan atas alasan dia menanggung empat orang anak yang masih belajar selain merupakan penanggung utama keluarga.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 24 Februari tahun depan ditetapkan untuk sebutan kes.

Pada 23 Mac lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM476,000 untuk melepaskan 22 orang warga China.

Sebelum itu, pada 18 Mac lalu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan memperdaya seorang individu dan menerima suapan berjumlah RM176,000 atas perbuatan sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya