PETALING JAYA: Malaysia hari ini merekodkan kes harian baharu bawah 4,000, pertama kali sejak Mei lalu.
Sebanyak 3,490 kes dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini.
Kali terakhir negara mencatatkan kes bawah 4,000 ialah pada 11 Mei lalu dengan 3,973 kes.
Menerusi laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,691,639 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.
Kali terakhir negara mencatatkan kes bawah 4,000 ialah pada 11 Mei lalu dengan 3,973 kes sebelum negara dilanda gelombang ketiga wabak itu.