Che Shahrul tidak rela dibolosi Perancis - Utusan Malaysia

Che Shahrul tidak rela dibolosi Perancis

CHE Shahrul Azmi Che Saupi (tengah) dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika mengikat Belgium 1-1 dalam saingan peringkat Kumpulan A, Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar, India, Jumaat lalu.- IHSAN FIH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dibolosi tiga gol dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sabtu lalu, penjaga gol hoki remaja negara, Che Shahrul Azmi Che Saupi bertekad mahu memperbaiki kelemahan itu.

Kata Che Shahrul, dia sudahpun melupakan aksi peringkat kumpulan dan fokusnya kini terarah kepada perlawanan menentang Perancis dalam saingan suku akhir Piala Dunia Remaja, malam ini.

“Ramai yang memberi sokongan kepada saya (selepas aksi peringkat kumpulan) ia termasuk rakan seposisi, Hamiz Ahir dan juga barisan kejurulatihan. 

“Semua memberi semangat agar saya lebih fokus untuk aksi seterusnya,” kata pemain dari Negeri Sembilan itu menerusi perkongsian video kepada pemberita.

Skuad bimbingan Wallace Tan mara ke suku akhir selepas muncul naib juara dalam Kumpulan A di belakang Belgium dengan tidak mencatat sebarang kekalahan selepas tiga perlawanan.

Skuad remaja negara membuka tirai aksi di Bhubaneswar, India dengan menumbangkan Chile 2-1, diikuti seri 1-1 dengan naib juara 2016, Belgium, sebelum mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas Afrika Selatan, Sabtu lalu.

Sebagai rekod, Che Shahrul muncul sebagai pemain terbaik perlawanan ketika mengikat Belgium, Jumaat lalu.

Perancis yang dibimbing Aymeric Bergamo, mara ke suku akhir selepas muncul juara Kumpulan B, dengan rangkaian serangan mereka dilihat begitu tajam hasil tiga kemenangan besar termasuk membelasah Kanada 11-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya