BT Bina beri sinar buat June Wei - Utusan Malaysia

BT Bina beri sinar buat June Wei

PENGARAH Urusan Kumpulan BT Bina Group, Datuk Seri David Tan (kiri) bersama Bekas pemain badminton perseorangan lelaki negara Cheam June Wei .
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas pemain badminton perseorangan lelaki negara Cheam June Wei kini mampu menarik nafas lega untuk meneruskan kariernya selaku pemain bebas selepas menerima tajaan sebanyak RM400,000 setahun sehingga 2024 daripada syarikat pemaju dan pelaburan hartanah, BT Bina Group Sdn Bhd, baru-baru ini.

Pemain berusia 24 tahun itu, sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas enam tahun bernaung dibawah badan induk tersebut susulan kegagalan memenuhi indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan BAM di Kejohanan Badminton Terbuka Czech dan Belgium Oktober lalu.

“Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kerana menjadi sebahagian daripada BT Bina Group. Saya berazam untuk bekerja keras bagi mengekalkan keyakinan dan kepercayaan yang mereka berikan kepada saya dengan membalaskan dengan kejayaan.

“Untuk tahun depan saya merancang untuk menempatkan diri dalam kedudukan 32 terbaik dunia tahun depan seterusnya berada di ranking ke-10 pada tahun berikutnya. Saya percaya soal kewangan tidak lagi menjadi masalah dan kini saya hanya perlu memberi fokus sepenuhnya kepada permainan dan mencipta kejayaan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan BT Bina Group, Datuk Seri David Tan berasa adalah menjadi tanggungjawab buat pihaknya memberi sokongan kepada pemain-pemain yang berbakat dan masih muda untuk terus mencapai impiannya.

“Adalah sangat penting untuk kita membantu mereka. June Wei menunjukkan semangat untuk terus bermain dan mengejar kejayaan.

“Semangat itu menjadi sebab utama untuk pihak kami bersetuju untuk memberi sokongan kepadanya dan berharap dia mampu membawa pulang kejayaan dan secara tidak langsung mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

June Wei dijadualkan beraksi di Kejohanan Dunia di Huelva, Sepanyol dari 12 hingga 19 Disember ini namun berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu pilihan ke-15 dari Jepun Kenta Nishimoto pada pusingan pertama.

Ia akan menjadi pertembungan ketiga buat kedua-dua pemain dengan rekod pertemuan terikat 1-1.

Nishimoto menang dalam tiga set pada pertemuan sulung di Thailand Masters 2020 sebelum June Wei malakar kemenangan dalam tiga set pada separuh akhir Kejohanan Berpasukan Asia 2020 di Manila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya