Bos anda bagi apa? Meeracle bagi kuda - Utusan Malaysia

Bos anda bagi apa? Meeracle bagi kuda

MASTER Stokis Meeracle, Siti Azlina Mhd Halil menerima seekor Kuda Thoroughbred (Belima) berwarna Dark bay dihadiahkan Meeracle kepada wakil jualannya yang mencapai sasaran jualan tahunan tertinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jika tahun lepas Meeracle menghadiahkan empat buah kereta ‘sport’, kali ini produk kecantikan tempatan mencipta kelainan apabila memberi seekor kuda kepada Master Stokis yang mencapai jualan tertinggi.

Kuda Thoroughbred (Belima) berwarna Dark bay merupakan ganjaran istimewa pada bulan November dan ia menjadi milik Master Stokis Meeracle, Siti Azlina Mhd Halil yang mencapai sasaran jualan tertinggi.

“Hadiah kuda ini dimiliki oleh Top Masterstockist Meeracle Siti Azlina yang telah mencapai target jualan pada bulan November.

“Prestasi Masterstockist Meeracle sangat memberangsangkan dan kami berbangga dengan pencapaiannya walaupun industri kini agak terjejas akibat pandemik Covid-19 tetapi beliau masih mampu menunjukkan prestasi yang luar biasa.

“Oleh itu, kami menghargai keringat beliau dengan mengnugerahkan hadiah yang istimewa dan lain daripada yang lain,” jelas Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Meeracle, Bella Luna.


Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Meeracle, Bella Luna mewakili ibu pejabat produk kecantikkan itu menyampaikan kuda kepada Azlina di kediamannya di Melaka.

Tambah Bella, hadiah kuda ini juga merupakan satu kejutan yang dirancang oleh pihak ibu pejabat Meeracle untuk diberikan kepada pemenang ganjaran istimewa tersebut.

“Apa yang menarik, hadiah istimewa ini merupakan lambang kelajuan dan kekuatan yang selalu dipegang sebagai arah untuk memimpin MEERACLE terus kedepan dalam industri ini. Kami, Meeracle memang unik dan tidak pernah memperlahankan strategi perniagaan biarpun dalam tempoh sukar pandemik Covid-19,” jelasnya.

Siti Azlina juga telah memegang gelaran Miss Meeracle selama 3 tahun berturut-turut bermula 2017 dan telah dinobatkan sebagai ‘Lady Meeracle’ pada tahun 2020.

SITI AZLINA MHD HALIL

Meeracle telah berjaya membantu ramai pengguna menyelesaikan masalah kulit mereka disamping membantu ramai golongan wanita menjana pendapatan lumayan dengan menjual produk berkenaan di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya