'Berhutang tapi boleh bercuti sana sini, upgrade kereta mahal-mahal, liat bayar hutang' - Utusan Malaysia

‘Berhutang tapi boleh bercuti sana sini, upgrade kereta mahal-mahal, liat bayar hutang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Zaman ini memang pelik, pemberi hutang pula malu nak minta hutang”.

Demikian tulis seorang wanita di Facebook mengenai senarai orang yang berhutang dengannya, tetapi sehingga kini ‘liat’ hendak bayar hutang tersebut.

“Walhal duit kita sendiri, kita pula naik segan nak meminta.

“Ni yang berhutang lama sangat dah ni, makan tahun dah. Mau mengandung boleh beranak dah aihhhh…Yang baru baru tak list down lagi. Malas nak cakap banyak kali dan minta-minta dah, lepas ini kita siarkan muka sekali,” tulisnya.

Menurut wanita itu, apa yang pelik, mereka yang liat hendak melunaskan hutang itu boleh pula bercuti sana sini.

“(Boleh) upgrade kereta mahal-mahal, makan sedap-sedap dan kat tempat mewah pula tu. Saya makan kat umah lauk telur dengan kicap ja,” tulisnya penuh kesal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN