Bergaduh depan balai gara-gara cinta tidak direstui - Utusan Malaysia

Bergaduh depan balai gara-gara cinta tidak direstui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Percintaan tidak direstui keluarga menjadi punca enam individu bergaduh sehingga ditahan polis semalam.

Dalam kejadian 3.25 petang itu, tiga lelaki dan tiga wanita berusia 17 tahun hingga 35 tahun didapati bergaduh di pekarangan Balai Polis Komuniti di Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota polis bertugas kemudian memberi amaran supaya suspek menghentikan perbalahan dan beredar.

Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak mengendahkan amaran diberikan anggota polis.

“Polis kemudian menahan semua suspek kerana bergaduh di kawasan balai polis.

“Semua suspek diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967.

“Orang ramai dinasihatkan  lebih rasional dan tidak mencetuskan suasana tidak tenteram di balai polis selain mematuhi arahan anggota polis,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya