Bekas komando ditemukan meninggal dunia di rumah - Utusan Malaysia

Bekas komando ditemukan meninggal dunia di rumah

ANGGOTA polis dan pasukan paramedik lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) mengangkat mayat mangsa yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Chuai Ulu, Rembau pagi tadi.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang bekas komando ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Chuai Ulu, di sini, pagi tadi.

Kamarudin Sharif, 68, ditemukan sudah tidak bernyawa oleh sepupunya, Abdul Manap Dahalan, 61, selepas dimaklumkan oleh jiran yang terhidu bau busuk dari dalam rumah berkenaan.

Menurut Abdul Manap, sepupunya itu tidak berkahwin dan menetap seorang diri di rumah berkenaan sejak bersara dari perkhidmatan tentera.

“Sudah lebih seminggu saya tidak nampak arwah. Namun dua tiga hari lalu, saya sudah mula berasa tidak sedap hati. 

“Sebaik sahaja menerima panggilan dari jiran arwah sekitar pukul 11.30 pagi saya terus bergegas ke rumahnya dan apabila masuk, saya nampak jasad arwah sudah mereput di ruang tamu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, hasil pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang unsur jenayah. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya