Banjir dan tanah runtuh, beberapa laluan masih ditutup di Lebuhraya KL-Karak, LPT1 - Utusan Malaysia

Banjir dan tanah runtuh, beberapa laluan masih ditutup di Lebuhraya KL-Karak, LPT1

BEBERAPA buah kenderaan terkandas berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh di Lebuh Raya Karak ke Kuala Lumpur berdekatan Bentong, Pahang. - GAMBAR IHSAN ANIH BERHAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad masih menutup 10 laluan di beberapa tempat di lebuh raya KLK berikutan banjir dan tanah runtuh pukul 8 pagi hari ini.

Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, antara laluan Karak ke Kuala Lumpur yang ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan dinaiki air, iaitu di Kilometer 75.1, KM 74.4, KM69.5 (termasuk hala ke Timur), KM66.4 hingga KM 66.1 (banjir lumpur), KM67.8, dan KM68.

“Pengurusan ANIH juga menutup laluan yang mengalami kejadian tanah runtuh, iaitu di KM69.5 (hala ke Kuala Lumpur), KM66.1 berdekatan Karak menghala ke Kuala Lumpur, manakala di KM52, air masih menaiki atas jalan, tetapi dibenarkan untuk dilalui semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Radzimah, bantuan makanan sedang diuruskan kepada mangsa terkandas termasuk bot penyelamat sudah dihantar ke lokasi kejadian untuk membawa mangsa terkandas keluar.

Dalam perkembangan yang sama, beliau selanjutnya menjelaskan, kerja pembersihan kawasan tanah runtuh di KM66.1 di laluan menghala ke Kuala Lumpur berdekatan Karak sedang dalam proses pembersihan namun masih ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, katanya, bagi laluan Karak ke Jabor (Terengganu) menghala ke pantai Timur di KM113 dan KM84.6, kawasan jalan masih ditenggelami banjir dan ditutup untuk laluan kenderaan, manakala keadaan air mula surut di KM198 menghala ke Timur dan laluan mula dibuka untuk kenderaan pagi ini.

“Kita juga memaklumkan mulai pukul 9 pagi lebuh raya dari Genting ke arah Gombak boleh dilalui kenderaan, kecuali jalan lain selepas KM66 masih terhalang dengan banjir dan tanah runtuh.

“Syarikat kami (ANIH Berhad) sentiasa komited dengan memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya berikutan kejadian ini,” katanya.

Katanya, kerja membaikpulih laluan akan dilakukan segera bagi membolehkan pengguna dapat ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Jelasnya, pengguna boleh mengikuti laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.