Adib hampiri impian genggam gelaran juara CP125

Adib hampiri gelaran juara CP125

ADIB Rosley ketika memenangi perlumbaan kategori CP125 pada pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, April lalu. – FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adib Rosley se­makin menghampiri impiannya untuk bergelar juara CP125 musim ini selepas mendahului kategori tersebut dengan hasil usahanya selama sedekad.

Pelumba Ipone Yamaha YY Pang Racing Team itu hanya perlu menamatkan perlumbaan dalam kalangan 10 pelumba teratas dalam dua perlumbaan terakhir di Litar Sepang Selatan minggu ini sebelum bergelar juara kategori itu.

“Pusingan akan datang di litar besar dan terbuka. Siapa sahaja boleh memenangi perlumbaan tetapi, saya akan cuba untuk rangkul kejuaraan dan mendapatkan mata sebanyak mungkin.

“Ini bukan sahaja kemena­ngan peribadi untuk saya seorang, pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team juga tu­rut mengejar gelaran Juara Pasukan CP125,” katanya.

Pasukan tersebut kini mendahului dengan 150 mata de­ngan tiga kemenangan dan enam kedudukan podium daripada lapan perlumbaan setakat ini.

Pusingan penutup tirai Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix Championship akan dianjurkan di Litar Sepang Selatan pada 18 dan 19 Disember 2021 dan kehadiran penonton yang sudah lengkap dos vaksin Covid-19 amat dialu-alukan, dan masuk adalah percuma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya