AADK kenal pasti 155 port dadah berisiko tinggi - Muhamad Sade

AADK kenal pasti 155 port dadah berisiko tinggi

MUHAMAD SADE MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rumah flat, se­tinggan, bangunan terbiar dan tepi sungai antara lokasi panas atau ‘port’ penagih yang dikenal pasti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Sehingga kini, sebanyak 155 kawasan berisiko tinggi (KBT) yang dalam usaha untuk menghijaukan lokasi tersebut daripada penyalahgunaan dadah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Pe­ngarah (Operasi) AADK, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, sebanyak 17 ‘port’ penagihan dadah dikesan di Johor diikuti Terengganu dan Kelantan masing-masing 15 lokasi panas.

Katanya, dapatan itu berda­sarkan tangkapan dan kajian yang dijalankan AADK sejak 2020 hingga September lalu.

“Selain itu, kita mendapati latar belakang penagih ini adalah daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana yang kebanyakannya tinggal di kediaman seperti flat, rumah setinggan dan seumpamanya.

“Kawasan rumah yang sempit selain kurangnya pemerhatian daripada ibu bapa bermula dengan melepak dengan rakan-rakan yang mula menga­jak mencuba dadah secara suka-suka sehinggakan ketagih” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Muhamad Sade, ada juga individu daripada keluarga berpendapatan tinggi turut terjebak dengan penyalahgunaan dadah, namun sukar dikesan.

Jelasnya, golongan ini selalunya mendapatkan khidmat ra­watan daripada Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, menurut Muhamad Sade, pihaknya me­nyasarkan tahun 2025 bagi menghijaukan sepenuhnya lo­kasi-lokasi yang dikenal pasti tersebut.

Bagaimanapun , ujar beliau, selain operasi daripada AADK, pihaknya turut bekerjasama dengan 15 agensi berkaitan dalam usaha memerangi dadah di negara ini.

“Antaranya pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi kerajaan bagi membersihkan kawasan yang tercemar dengan penyalahgunaan dadah.

“Contohnya seperti di tepi-tepi Sungai Gombak di ibu negara yang dulu kita tahu menjadi port penagih kini antara lokasi tarikan pelancong dengan suasana baharu,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN