86.6% remaja lengkap vaksinasi - Utusan Malaysia

86.6% remaja lengkap vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 2.7 juta atau 86.6 peratus golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksin, setakat malam tadi. 

Berdasarkan laman CovidNow, sebanyak 100,633 atau 3.2 peratus lagi belum lengkap divaksinasi atau menerima sekurang-kurangnya satu dos. 

Perkembangan itu juga menyaksikan seramai 320,628 atau 10.2 peratus dari golongan itu tiada vaksinasi atau belum menerima sebarang suntikan.  

Dalam pada itu, seramai 22,788,835 atau 97.3 peratus individu dewasa lengkap vaksinasi manakala 313,837 atau 1.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya dua dos. 

Perkembangan golongan remaja dan dewasa itu menyaksikan sebanyak 25,515,074 atau 78.1 peratus keseluruhan individu yang lengkap divaksinasi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN